ISU-ISU KEMASYARAKATAN
MALAYSIA TEWASKAN INDONESIA MELALUI SEPAKAN PENALTI

Malaysia Berjaya mengekal kejuaraan dua tahun lalu untuk bola sepak sukan sea setelah Berjaya menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti (4-3).

Baddrul Bakhtiar ketua pasukan Harimau Malaya Berjaya menyudahkan sepakan terakhir untuk Malaysia dan seterusnya mengekalkan emas untuk dua tahun berturut-turut.

Sebelum itu, Khairul Fahmi Berjaya menyelamatkan sepakan pemain Indonesia dan seterusnya member kelebihan kepada Malaysia.

Perlawanan ini menyebabkan darah dalam badan kepanasan. Tapi Alhamdulillah, rezeki memihak kepada kita dan seterusnya mendiamkan hamper 100, 000 penyokong Garuda dalam stadium.

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Ibu segala acara bagi sukan sea Berjaya dimiliki oleh Malaysia. Nampaknya sekali lagi kita Berjaya mengalahkan Indonesia selepas kita Berjaya mengalahkan Garuda semasa dalam peringkat kumpulan.

Permainan menyerang kedua-dua pasukan dalam tempoh lebih 120 minit rasanya membuatkan semua rakyat Malaysia dan penonton Indonesia di stadium tidak senang duduk.

Tahniah diucapkan kepada Ong Kim Swee, jurulatih Harimau Malaya B dan pasukan kerana berjaya mengekalkan kepada pingat emas di Indonesia.

Tahniah Malaysia! Malaysia Boleh!

Kosong terus stadium semasa penyampaian pingat..hahaha..apa-apa pun ada sorakan dari Malaysia…


No comments:

Post a Comment