ISU-ISU KEMASYARAKATAN
Alasan kenapa perempuan enggan tutup aurat

11 Semua yang tutp aurat confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti kalau tak tutup aurat confirm masuk neraka,  nauuzubillah (nota : manusia       masuk syurga bukan kerana amalannya,  tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)


2.  Yang pakai tudung labuh macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang.

    - iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada perintah Adam,  dia menyalahkan perintah Allah itu. “ apahal pulak aku kena baik...bla..bla..bla..”


3. macam la kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

  - tidak tersabit larangan nabi untuk seseorang  yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah untuk kaumnya. Maksudnya dakwah itu tuntutan. Selagi kau kau islam dakwah itu wajib walaupun diri kau sendiri tidak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang

4. walaupun kami pakai seksi tapi hati kami baik


   - adakah kau mendakwa kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan  kononnya  ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota : Adakah baik pada pandangan manusia  sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir- fikirkan )


5. pakai jarang ke ketat, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

 -  adakah kau berani menjamin bahawa  semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu yang membuak-buak?


6. kami rasa apa yang kami p
akai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

  - seksi atau tidak kau tetap berdosa walaupun kau hanya menayang sehelai rambut kau.


7.  walaupun kami tak bertudung, kami tetap solat dan berpuasa.

  - apakah ibadat kau diterima? Kau yakin Cuma dengan berpuasa sudah cukup  untuk menjamin kau masuk syurga?  ( Nota: solat dapat mengelak  diri dari berbuat dosa dan maksiat)


8.  suka hati kamilah nak pakai macam ni, kami tak susahkan  hidup orang lain.

 -  kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik  mereka ke nereka  bersama kau disebabkan mereka tidak menegur  dan gagal mendidik kau.
  
( Nota: gi baca 4 golongan lelaki dibawa wanita ke neraka)

9. apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Allah.

  - berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti ? lawan cakap Allah neraka tempatnya. ( Nota : patut kamu malu pada Allah )


10.  kami pakai seksi macam ni sebab kami ikut arahan photographer / pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene ( ayat artis)

 - sanggup patuh arahan mereka daripada  patuh suruhan Allah ? ( Nota : takut hanya kepada Allah bukan makhluk)


11.  bukan kami tak mahu menutup aurat Cuma tak sampai seru.

  - mati tak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubta nanti. ( Nota : kena mula belajar dan berazam untuk  perubahan yang lebih baik )


12.tak kan nak buat perubahan secara drastik?  Slow-slow la..

 - boleh ke cakap kat izrail nanti tunggu kejap! Lepak la dulu jangan ambil nyawa aku.  ( Nota : maut datang tidak dijemput dan tidak diundang, ingatlah perjalanan  menuju kematian bermula sejak kita lahirkan)


13.  tutup aurat tu bagus tapi kami tak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukanya.

 -  kalau begitu kau  sebenarnya memang hipokrit  kerana tidak ikhlas beragama islam.  “ wahai wanita, setiap ciptaan tuhan  yang berharga  didunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.  ( Nota : dunia ini memang satu pentas untuk kita berbuat baik  demi mendapat syurga yang kekal abadi)


Diman, kamu boleh dapatkan permata?  Tertanam jauh diperut bumi,  bertudung dan dilindungi.  Dimana kamu jumpa mutiara?  Terbenam jauh didalam lautan,  tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.  Dimana kamu cari emas?  Terperosok dilapisan bumi  tertudung dengan lapisan  demi lapisan tanah dan batu.  Tubuh kamu adalah suci  malah lebih berharga daripada emas mahupun permata.  Oleh itu, kamu perlu bertudung dan melindungi diri kamu.


No comments:

Post a Comment