
BAGAIMANA MENGHINDARKAN PERUT BUNCIT?????
Di bawah ini merupakan beberapa apetua untuk menghindarkan perut buncit. Hal ini supaya badan korang akan kelihatan lebih menarik dan mengiurkan. Hehehe…
1) Ramai orang yang mengamalkan makan dahulu kemudian barulah hendak pergi mandi. Sebenarnya, cara sebegitu adalah salah dan boleh membuatkan perut anda buncit. Mungkin ada alasannya dari segi sains. Tapi petua nenek moyang kita amat menggalakan untuk kita mandi terlebih dahulu kemudian baru makan. Tapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak tak de maknanya jugak kan.. So, cuba korang makan dalam kuantiti yang sederhana dan makan tanpa berulamkan air. Ada baiknya minum selepas setengah jam makan. Cuba la, ianya bagi mengelakkan perut menjadi buncit.
2) Selain itu, korang boleh campurkan cuka, ragi dan kapur barus sehingga sebati. Buatkan caampuran tersebut sedikit pekat. Kemudian pupukkan pada perut dan barutkan kemas-kemas sebelum korang tidur selama 44 hari. Dah macam baby yang baru lahir je kan..hehehe
3) Korang juga boleh rebus jadam bersama asam jawa dan sedikit air. Biarkan kering dan kemudian sejukkan ia. Sapukan jadam ini ke perut dan kemudian dibarut kemas.
Sedikit ilmu… Bagi yang tidak mengetahui apa itu Jadam..
Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya, dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tidak disukai. Maka jadam tidak digunakan lagi. Salah satu herba yang ada dalam pengubatan islam ialah jadam. Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ianya akan mengurangi lender di paru-paru. Hal ini akan menyebabkan pernafasan akan menjadi lancer dan suara juga bertenaga. Selain itu, kegunaan jadam sama seperti alovera di mana ianya sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab ( laxatif ) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga dapat menerangkan atau menjelaskan penglihatan mata.
4) Di samping itu, korang jugak boleh memerah jus limau kasturi dan digaulkan dengan kapur sireh. Kemudian, sapukan pada perut.
5) Petua yang terakhir adalah bancuh secawan teh pekat manis dan perahkan dua biji Limau nipis, kemudian minum ketika masih suam. Sebaik-baiknya minum selepas sarapan pagi dan waktu makan tangah hari.
OKK!!! Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya=)
No comments:
Post a Comment