ISU-ISU KEMASYARAKATAN



WANITA KERJAYA VS RUMAHTANGGA


Pada era ini, wanita sekarang lebih mengutamakan kerjaya dalam kehidupan mereka berbanding wanita pada zaman dahulu yang lebih mementingkan keluarga. Saat menerima berita kenaikan pangkat, hati melonjak gembira tidak terkata. Terasa puas dan bahagia sekali. Segala kerja keras sudah terbalas apabila menerima jawatan baru yang lebih tinggi. Itulah sebenarnya jawatan yang diidamkan bagi setiap orang yang bekerja. Sedar ataupun tidak, kebahagian yang dirasakan hanyalah sementara. Seterusnya, terjadilah suasana tegang terutama dalam perhubungan suami  isteri. Semenjak isteri di naikkan pangkat, isteri sering pulang lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Akibatnya,anak-anak kurang terjaga atau terabai dan si suami pula sudah pastinya akan merasa kurang perhatian. Masalah ini sudah pastinya pernah dihadapi oleh isteri yang berjawatan tinggi daripada suami. Kenaikan pangkat bagi isteri sudah pastinya menjadikan tanggungjawab lebih besar dan bertambah. Situasi inilah yang mungkin akan menyebabkan terjadinya konflik dalam rumahtangga. Apabila bertambahnya tugas di pejabat, bererti mahu ataupun tidak, si isteri yang berjawatan tinggi harus memperuntukkan lebih banyak masa di pejabat. Waktu bersama keluarga pula terpaksa dikorbankan. Oleh itu, akibat daripada kekangan waktu, tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak, menyediakan makan minum dan sebagainya akan jatuh ke tangan suami. Dengan kata lain,suami akan digelar sebagai  “Mr.Mama”.


Cuba kita renungkan sejenak. Tidak ada ganti didikan yang lebih baik daripada didikan seorang ibu. Tidak ada ganti kasih sayang bagi kasih sayang kedua ibu bapa. Adakah kita tergamak membiarkan anak kita dididik, dijaga dan dibelai oleh orang lain sedangkan kita yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka? Cuba fikirkan!!!!!!!!!!!!!!

Justeru itu, pasangan suami isteri juga harus mengetahui pentingnya menimba ilmu pengetahuan tentang kekeluargaan, membesarkan anak dan menjaga rumahtangga bukanlah satu perkara mudah yang boleh dipelajari menerusi pengalaman. Suami isteri harus bersedia mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel penjagaan anak dan rumahtangga yang sering dianjurkan oleh badan-badan setempat. Bagaimanapun, sering kali berlaku perkara-perkara yang amat menyedihkan apabila kursus-kursus seperti ini dianjurkan. Ini adalah kerana rata-rata sekitar 70% daripada mereka yang hadir adalah kaum wanita, walaupun kadang-kadang topik yang dibincangkan adalah mengenai peranan ketua keluarga. Di manakah kaum bapa kita dalam hal ini?


Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ada pembantu rumah, segala urusan keluarga di serahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Situasi ini boleh menimbulkan masalah dalam rumahtangga ataupun boleh berlaku kecurangan. Misalnya, apabila suami pulang dari kerja, makanan sudah terhidang di atas meja, layanan diberikan begitu mesra. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, mungkin perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti mengadakan hubungan sulit bersama pembantu rumah. Sejak akhir-akhir ini, kita juga sering mendengar tentang suami “makan luar”. Hal ini kerana, suami tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat daripada seorang isteri terutama dari segi layanan dan belaian. Justeru itu, suami mula membuat hal di luar dengan berfoya-foya dengan perempuan lain. Apabila masalah ini terjadi, si isteri akan mula menuding jari dan menyalahkan seratus peratus kepada suami dan berlakulah pertengkaran, walhal isteri langsung tidak berfikir mahupun  sedar akan layanan yang diberikan kepada suami dan berapa banyak masa yang isteri habiskan di rumah untuk anak-anak dan suami. Namun begitu, anak-anak juga sudah pastinya akan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada seorang ibu. Hal ini disebabkan oleh ibu yang tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak walaupun pada hujung minggu. Anak-anak sudah hilang tempat untuk bermanja dan berkongsi cerita. Oleh sebab itulah, makin hari pelbagai masalah yang berlaku terutama sekali kepada remaja yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga. Misalnya, anak-anak terlibat dalam rompakan, ragut, seks bebas dan sebagainya. Situasi ini berlaku disebabkan oleh pengabaian dan pemantauan daripada keluarga.

Oleh hal yang demikian, sekiranya berlaku pertengkaran, si isteri mungkin akan mengenangkan atau mengungkit sumbangannya yang lebih besar terhadap keluarga. Sumbangan yang diberikan oleh mereka lebih banyak terutama dalam keperluan keluarga akan menyebabkan isteri berjawatan tinggi akan menilai dirinya terlampau tinggi dan merendah-rendahkan pekerjaan suami. Misalnya, dengan suara yang lancang dan penuh keegoaan isteri berkata kepada suami “ saya yang banyak mengeluarkan duit untuk perbelanjaan di rumah, jadi saya lah yang berhak menentukan segalanya. Awak tidak ada kuasa, lebih baik awak diam”. Apa yang suami rasa pada masa itu? Sudah tentu sedih, kecewa dengan sikap isteri sedemikian rupa. Sebenarnya, inilah yang harus dihindari. Walau setinggi mana pun jawatan yang dipegang oleh isteri, itu hanyalah sekadar di pejabat, tetapi perasaan hormat kepada suami amat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Dalam Islam, “syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami”. Oleh itu, peranan isteri di pejabat dan di rumah adalah dua perkara yang amat jauh berbeza. Namun begitu, isteri pada masa sekarang lebih moden dan sudah lupa tentang taraf mereka kepada suami. Mereka boleh bertindak sesuka hati ataupun menengking suami sekiranya ada perkara yang diprotes oleh suami.


Seperti yang kita ketahui, komunikasi melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, komunikasi adalah perkara yang paling penting dalam setiap perhubungan yang terjalin terutama untuk pasangan suami isteri. Hal ini kerana, apabila seseorang itu sudah bersedia untuk berkahwin, ia akan menunjukkan bahawa seseorang itu sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan pasangannya. Oleh itu, ketegangan dalam hubungan suami isteri selalunya terjadi disebabkan kurangnya komunikasi dengan pasangan. Sebenarnya, banyak masalah rumahtangga berpunca daripada komunikasi yang kurang berkesan yang mana banyak menimbulkan salah faham dan ketengangan. Justeru itu, komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Misalnya, pasangan tersebut boleh berkomunikasi melalui telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), email walau pun ketika di pejabat ataupun ketika bertugas di tempat lain selama beberapa hari. Hal ini merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan suami isteri. Namun, sekiranya perkara ini tidak dipraktikkan atau dipandang remeh, maka timbullah perasaan tidak puas hati dan memendam perasaan. Jadi, isteri yang terlalu sibuk di pejabat, mereka harus meluangkan masa untuk berkomunikasi dan menjadi  pendengar setia kepada suami. Hal ini penting supaya suami tidak merasa dipinggirkan atau tidak diperlukan. Misalnya, ketika isteri sedang mengurut suami ataupun ketika sedang bersantai di sofa dengan suasana yang tenang mereka boleh berbicara atau meluahkan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri mestilah ingat bahawa apabila kurangnya komunikasi akan menyebabkan ikatan persefahaman kian terlerai. Pelbagai masalah dan pendapat yang tidak dapat disuarakan secara kekeluargaan akan menyebabkan perasaan saling memerlukan menjadi hilang. Jadi, dari situ, akan timbullah satu perasaan tidak memerlukan dan pentingkan diri masing-masing mula tercungkil.  Sekiranya hal ini tidak di kawal atau tidak diambil serius  akan menyebabkan ketidakserasian apabila bersama dan mungkin akan bercerai sekiranya tidak ada jalan penyelesaian yang terbaik.


Sekiranya wanita ingin bekerjaya adalah tidak salah, tetapi mereka haruslah bijak dalam mengatur dan memahami peranan dan tugas dalam urusan kerja dan urusan rumahtangga. Langkah yang bijak harus diambil dengan sebaiknya supaya apa yang dimiliki tidak akan terlepas dan hancur begitu sahaja. Bagi suami isteri mereka haruslah mengamalkan peribahasa seperti “ yang ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul”. Ketahuilah bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Malah hanya orang yang kuat dan sabar sahaja yang berjaya dalam mengharungi onak durinya. Rumahtangga yang harmoni dan penuh kasih sayang adalah impian setiap orang.Oleh itu, para isteri yang bekerja haruslah bijak dalam menyeimbangkan kerjaya dan rumahtangga.

Marilah kita merenung firman Allah s.w.t dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri 



No comments:

Post a Comment