ISU-ISU KEMASYARAKATAN
Pembuangan bayi  

Pada masa ini, sering kali kita dengar tentang kes pembuangan bayi sama ada di media elektronik dan media cetak. Pembuangan bayi tersebut dilakukan oleh golongan wanita hasil daripada perhubungan luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu bukan sahaja tidak menginginkan bayi berkenaan tetapi juga disebabakan mereka menerima tekanan dalam masyarakat terhadap status anak berkenaan. Akibatnya bayi yang dilahirkan menjadi mangsa pembuangan kejam individu yang tidak bertanggungjawab. Hal ini juga demikian kerana  masyarakat pada hari ini mementingkan keseronokan semata-mata. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini dan kesan. Kita mestilah ingat bahawa zina dan perbuatan membuang bayi adalah suatu jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”

Antara faktor utama yang menyebabkan masalah pembuangan bayi adalah kurangnya kefahaman agama dalam kalangan masyarakat secara terperinci. Memang tidak dapat dinafikan  kesedaran agama dan semngat beragama begitu meluas pada masa ini tetapi tidak menyeluruh dan terbatas hanya golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama golongan belia tidak berminat dan terdapat sesetengah daripdanya juga menjauhkan diri untuk mendalami agama. Oleh itu, apabila didikan agama tidak ada, golongan muda pada masa kini mudah terjebat dengan perkara negatif serta diransang pula  dengan gambar-gambar lucah dan mengghairah yang mudah didapati di media cetak dan elektronik, dengan sendirinya anak-anak muda mudah terjebak dan melakukan gejala tidak sihat ini.
Selain itu,  keruntuhan dalam institusi keluarga juga merupakan faktor kepada masalah ini. Gejala sosial yang sering kali berlaku pada masa kini antara sebab-sebab yang masyarakat sudah tidak mengambil berat betapa pentingnya institusi keluarga.  Hal ini juga disebabkan golongan ibu bapa juga tiada waktu lapang untuk meluangkan bersama anak-anak mereka dirumah dan tidak mengambil berta terhadap apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Hal ini juga disebakan oleh sesetengah ibu bapa yang  sibuk  dengan pembangunan, mengejar kebendaaan  sehingga mereka lupa tanggungjawab sebenar dalam membina keluarga bahagia. Oleh itu, remaja yang kurang kasih sayang tersebut akan mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.
Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor kepada masalah pembuangan bayi. Seperti yang kita ketahui adat dalam masyarakat kita iaitu perlu menyediakan hantaran,  persiapan perkahwinan yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi lebih-lebih lagi pada masa ini membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Oleh itu, bagi golongan remaja yang tidak dapat berfikir secara matang dan rasional akan mudah melakukan zina.
Masalah pembuangan bayi juga turut memberi kesan dan impak yang besar dalam masyarakat. Antara kesannya adalah seperti,  kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah.  Kesan yang dapat dilihat ialah dari sudut perubatan iaitu pesalah akan mengalami jangkitan kuman dalam badan mereka. Hal ini kerana kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah  kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Kebanyakan daripada mereka melahirkan sendiri tanpa meminta pertolongan  daripada pihak hospital mahupun orang lain.
Kesna yang kedua pula ialah,  menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi keluarga.  Pembuangan bayi tersebut menyebabkan wujudnya ketidakhormonian dalam keluarga.  Hal ini demikian kerana ibu bapa malu mempunyai anak sebegitu.  Dalam keadaan tersebut, keluarga tersebut mungkin diperkatakan oleh masyarakat sekeliling menyebabkan ibu bapa berasa malu untuk bergaul dengan orang lain. Oleh itu,  ibu bapa tersebut akan menyalahkan sesama mereka yang menyebabkan wujudnya penceraian. Apabila berlaku situasi tersebut, kanak-kanak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi perlu diambil perhatian yang serius dan perlu dikaji semula secara telus. Dalam hal ini juga, semua pihak bertanggungjawab menyelesaiknnya. Oleh itu, semua pihak wajib memikul kesan yang timbul kerana kita mampu menghalang masalah ini daripada berterusan.










No comments:

Post a Comment