ISU-ISU KEMASYARAKATAN

JENAYAH SIBER
Belakangan ini, isu jenayah siber seringkali digembar-gemburkan melalui media massa dan media elektronik.  Namun, masalah ini juga turut mendapat perhatian daripada orang ramai kerana jenayah ini merupakan jenayah komputer yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan semua aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang negara yang sedia ada.

JENIS-JENIS JENAYAH SIBER:
*      Penipuan
*      Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data computer
*      Pencurian maklumat
*      Capaian secara tidak sah keatas sistem
*      Menyalin perisian secara tidak sah
*      Pengintipan
*      Penjudian siber
*      Skim cepat kaya
*      Pornografi
*      Penyebaran virus.

FAKTOR-FAKTOR:
Faktor-faktor yang menyebabkan  jenayah siber seringkali berlaku adalah disebabkan oleh penyalahgunaan pengetahuan teknologi dalam mendapat keuntungan yang haram.  Selain itu, mereka yang melakukan jenayah siber boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar terutamanya.  Namun, hanya orang yang jahiliah sahaja akan membuat jenayah siber kerana mereka lebih suka mengambil cara yang singkat demi untuk mandapatkan keuntungan yang banyak.  Mereka juga kurang pendidikan  
Kelonggaran undang-undang yang sedia ada telah menyebabkan ramai individu yang turut terjebak dengan jenayah siber.  Hal ini demikian kerana, ruang dunia internet terlalu besar dan tidak dapat untuk mengesan orang yang melakukannya.  
Kesan daripada perbuatan melakukan jenayah siber kepada individu adalah tidak selamat kerana maklumat-maklumat peribadi atau sulit akan terdedah.  Keadaan ini kerana pada masa kini, banyak sistem (ICT) telah digunakan.  Hal, ini kerana melalui internet, kita tidak perlu lagi untuk keluar daripada rumah untuk menyelesaikan sebarang urusan.  Kebanyakan sistem (ICT) ini digunakan oleh kerajaan dan maklumat-maklumat ini akan mudah untuk terdedah kepada umum.  Terdapat beberapa sistem (ICT) yang turut digunakan oleh kerajaan iaitu e-kerajaan, e-perolehan, e-kesihatan dan sebagainya.  Selain itu, terdapat juga dalam sistem perbankan, sistem perdagangan seperti bursa saham juga menghadapi masalah yang sama.  Namun, selagi masalah ini tidak diselesaikan dengan sistematik dan bersepadu, ini akan menjejaskan keyakinan pengguna dan pelabur antarabangsa.
Seterusnya, akan menyebabkan kerugian syarikat serta pengguna internet akibat jenayah siber seperti berlakunya penyebaran virus, penggodaman, pencerobohan dan pengganasan yang boleh merugikan syarikat dan pengguna internet.  Masalah ini juga timbul adalah disebabkan oleh virus yang mampu untuk melumpuhkan sistem komputer.  Walaupun ada yang dapat dipulihkan tetapi hanya sebahagian sistem komputer sahaja yang dapat diselamatkan.  Namun, ada juga yang tidak dapat untuk diselamatkan dan dipadamkan oleh virus seperti virus Trojan.  Penggodaman pula akan menyebabkan kandungan komputer yang terdedah juga berjaya digodamkan dan kita tidak akan dapat menjejak pengodam tersebut.  Sekiranya kandungan komputer adalah sulit maka akan menghadapi kerugian, kerana penggodaman akan menyebabkan komputer sentiasa dikawal oleh sistem dan kemingkinan besar kita akan turut terlibat dalam jenyah jika berjaya dikawal.  Hal ini kerana, kesemua peringkat penggunaan komputer seringkali  akan berhadapan dengan aktiviti jenayah sama ada sebagai mangsa keadaan kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya sekali.  Oleh itu, operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. 
Terdapat beberapa aktiviti jenayah siber yang seringkali kita dengar adalah jenayah siber terhadap harta benda dan jenayah siber terhadap manusia.  Antaranya, kes mencuri maklumat seperti senarai, rekod, dan email peribadi.  Selain itu, mencuri harta seperti memindahkan wang daripada satu akaun ke akaun yang lain.  Kes perkhidmatan, seperti membuat capaian tanpa kuasa di laman web berbayar.  Melalui aktiviti penipuan juga turut dilakukan seperti multilevel marketing atau sistem piramid, peluang pekerjaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, dan tawaran pekerjaan.       
Aktiviti pemalsuan juga turut dilakukan iaitu seperti meminda dokumen bagi memperdayakan orang lain melalui laman web.  Seterusnya, perbuatan khianat turut berlaku iaitu vandalisma siber seperti meminda laman web umum, pencerobohan siber seperti ceroboh laman persedirian yang perlu digunakan kata laluan, menyebarkan virus, pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah, gangguan siber, pencerobohan siber, memecah masuk ke laman web, dan berjaya memecah masuk ke komputer persendirian.
Walau bagaimanapun, jenayah siber ini perlu dibanteras dengan segera supaya masalah ini tidak lagi berlaku secara berterusan.  Namun, pihak kerajaan telah mengambil langkah bijak iaitu seperti mengenakan denda yang setimpal kepada pelaku penjenayah siber ini iaitu mengenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali serta ringkasan diskripsi kesalahan melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan.  Denda yang tidak melebihi RM150.000.00 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali serta ringkasan diskripsi kesalahan pengubahsuaian tanpa kuas kandungan mana-mana komputer.  Denda yang tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara 7 tahun atau kedua-duanya sekali serta ringkasan diskripsi kesalahan menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam komputer dibawah kawalan disifatkan telah memperolehi capaian tanpa kuasa.  Akta ini telah digunapakai tehadap sesiapa sahaja tanpa mengira kewarganegaraan seseorang.  Kesalahan dibawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira sama ada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.
Namun, undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari masa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah.  Kerajaan juga perlu menentukan wujudnya organisasi bebas yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh memberi khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani ancaman siber.  Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua golongan masyarakat di Malaysia secara mudah.


CONTOH KES:

Jenayah Siber – Doktor rugi RM18,700 ditipu kenalan internet.  Seorang doktor wanita kerugian RM18,700 apabila terpedaya dengan tipu helah teman lelakinya yang baru sebulan dikenali melalui internet. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, dalam kejadian awal September itu, mangsa yang berumur 32 tahun berkenalan dengan seorang lelaki warga Britain dan dijanjikan dengan hadiah perkenalan. ”Mangsa dijanjikan wang tunai kira-kira RM3,000, sebuah komputer riba dan juga bunga sebagai tanda perkenalan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Menurutnya, selang beberapa hari berkenalan, mangsa mendapat panggilan daripada temannya itu yang menyatakan hadiah berkenaan telah diposkan menggunakan sebuah syarikat penghantaran laju. Abdul Rahim berkata, selepas dua hari, mangsa mendapat panggilan kononnya dari syarikat berkenaan yang memberitahu barang-barang tersebut terpaksa ditahan kerana masalah cukai. ”Tidak sabar untuk mendapat hadiah berkenaan, mangsa yang juga seorang doktor perubatan di Jerteh telah memasukkan wang tunai RM700 ke dalam akaun yang diarahkan pada 14 September lepas untuk membayar cukai tersebut,” ujarnya.  Jelasnya, tidak cukup dengan wang tersebut, mangsa turut diminta memasukkan lagi duit sebanyak RM14,000 untuk membayar cukai perkhidmatan. Terkejut dengan permintaan tersebut, mangsa memasukkan wang sebanyak RM2,000 pada 17 September lalu diikuti RM12,000 keesokan harinya ke dalam akaun yang diarahkan. ”Curiga kerana kiriman tersebut tidak juga sampai dan terbaca laporan akhbar mengenai penipuan menggunakan modus operandi yang serupa, mangsa menghubungi syarikat kiriman tersebut untuk bertanya perkara sebenar semalam. ”Syarikat itu memberitahu mereka tidak pernah meminta bayaran tersebut dan menyatakan ramai yang bertanyakan perkara serupa dipercayai menjadi mangsa penipuan kenalan melalui internet,” ujarnya.  Menurutnya, selepas mengetahui kejadian sebenar, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Jerteh. Beliau memberitahu, polis turut menerima dua lagi laporan mengenai penipuan oleh kenalan melalui internet semalam iaitu melibatkan seorang peniaga dari Chabang Tiga di sini dan seorang suri rumah di Chendering. ”Mereka menggunakan modus operasi yang sama melibatkan perkenalan melalui internet dan menabur janji melalui hadiah-hadiah lumayan menyebabkan mangsa tertipu ,” katanya.  Dalam kes melibatkan peniaga itu, dia kerugian RM5,460 apabila dijanjikan hadiah perkenalan oleh seorang kenalan wanita kononnya warga Britain, manakala suri rumah itu kerugian RM3,480 apabila ditipu kenalan lelaki melalui internet.  Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kenalan baru melalui internet.


No comments:

Post a Comment