ISU-ISU KEMASYARAKATAN



KUIZ PANCING RINGGIT ( PERKAHWINAN )
Berada dalam kumpulan bagi membincangkan tajuk yang diberi
Maksud keperluan – sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup ( makanan, pakaian ,tempat tinggil,wang, pendidikan, perhubungan ,pengankutan )

Kehendak- untuk kepuasan dan keselesan dan tidak terhad dan sukar dipenuhi oelh semua orang.

GERBANG PERKAHWINAN
Tanggujawab suami ,isteri dan bersama
tanggujawab suami

*    Menyediakan mahar untuk isteri

*    Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak

*    Member nafkah , makanan dan minuman, pakain, alat-alat keperluan dan sebagai mengikut yang perlu
*    Member nafkah batin dan layanan baik kepada isteri

*    Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami

* Memberi  didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal iabadat dan fardhu ain.

*    Tidak mendeahkan sebarang keaiban tau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.


tanggujawab isteri

vmentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada allh.s.w.t
v Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
v Memelihara hatra benda suami, menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dengan sempurna
v Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah
v Tidak keluar rumah tanpa mendapatkan keizinan daripada suami.
v Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.




TANGGUJAWAB BERSAMA

Bersifat amanah – suami isteri hendakllah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati

Berkasih sayAng dan saling hormat antara satu sama lain

Berakhlak dan bersopan-santun, lemah-lembut dalAM  pergaulan,saling mengharigai

Suami isteri kewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak

 Member kasih saying dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak

Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga
MALAYSIA TEWASKAN INDONESIA MELALUI SEPAKAN PENALTI

Malaysia Berjaya mengekal kejuaraan dua tahun lalu untuk bola sepak sukan sea setelah Berjaya menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti (4-3).

Baddrul Bakhtiar ketua pasukan Harimau Malaya Berjaya menyudahkan sepakan terakhir untuk Malaysia dan seterusnya mengekalkan emas untuk dua tahun berturut-turut.

Sebelum itu, Khairul Fahmi Berjaya menyelamatkan sepakan pemain Indonesia dan seterusnya member kelebihan kepada Malaysia.

Perlawanan ini menyebabkan darah dalam badan kepanasan. Tapi Alhamdulillah, rezeki memihak kepada kita dan seterusnya mendiamkan hamper 100, 000 penyokong Garuda dalam stadium.

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Ibu segala acara bagi sukan sea Berjaya dimiliki oleh Malaysia. Nampaknya sekali lagi kita Berjaya mengalahkan Indonesia selepas kita Berjaya mengalahkan Garuda semasa dalam peringkat kumpulan.

Permainan menyerang kedua-dua pasukan dalam tempoh lebih 120 minit rasanya membuatkan semua rakyat Malaysia dan penonton Indonesia di stadium tidak senang duduk.

Tahniah diucapkan kepada Ong Kim Swee, jurulatih Harimau Malaya B dan pasukan kerana berjaya mengekalkan kepada pingat emas di Indonesia.

Tahniah Malaysia! Malaysia Boleh!

Kosong terus stadium semasa penyampaian pingat..hahaha..apa-apa pun ada sorakan dari Malaysia…



Hack facebook dengan mudah

Ramai yang tercari-cari kaedah bagaimana cara sebenarnya untuk hack facebook dengan mudah. Sebelum aku menulis entri ini aku juga seperti kau kat luar sana yang ingin belajar hack facebook orang. Habis segala perusuk enjin aku geledah, tapi tak ada satu pun yang memang betul-betul membantu. Nak tahu apa sebabnya? Kalau benda ini didedahkan, habislah ramai pengguna facebook menjadi mangsa, termasuk mereka yang mengajar cara bagaimana untuk menghack facebook.

Sejujurnya bukan aku nak mengaku aku ni hebat, tapi sistem sekuriti facebook terlalu lemah sehingga aku sendiri yang hanya membuat kajian serta beberapa percubaan “try & error” Berjaya menghack facebook orang yang telah aku jadikan sasaran. (tak baik kan aku??)

Sebelum menerbitkan entri ini sebenarnya aku ingin berkongsi kaedah tersebut, namun diatas nasihat rakan serumah aku, demi menjaga keselamatan bersama adalah tidak elok untuk aku menerbitkan entri cara bagaimana untuk hack facebook.

Pada pandangan aku sebelum aku pandai hack facebook, jika aku berjaya untuk hack facebook orang, aku akan berasa bangga. Namun, setelah aku pandai buat semua tu aku jadi takut untuk menggunakan facebook (walaupun sekarang aku masih guna facebook). Aku takut kerana disebabkan facebook sekuriti facebook yang tersangat lemah orang lain yang pandai menghack facebook dengan mudah menggunakan facebook kita dengan menyiarkan benda-benda yang tak sepatutnya. Tak pasal-pasal tuan punya facebook yang kena.

So, aku terfikir daripada aku siarkan cara bagaimana nak hack facebook orang, baik aku bagi sedikit nasihat untuk keselamatan bersama ye. Yang aku tunjuk ni adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian aku. Jadi aku bercakap ikut pengalaman dan kaedah aku. Lain hacker, lain kaedah.

-tolong jangan dedahkan email yang anda gunakan untuk buat akaun facebook.
-jangan guna facebook url, contoh: http://facebook.com/rafiehassan.
-tolong tipu sikit bila membuat sekuriti question. Jangan bagi jawapan yang betul.
-jangan accept friend request orang yang tidak dikenali.
-jangan tag-tag gambar yang ada nama orang.
-paling silap besar, kalau bagi password email kat orang lain. Confirm adik sekolah rendah pun boleh buka.
-jangan biarkan facebook tak buka selama 24jam. Mesti buka walau pun sekejap je.

Bagi aku, password strong mana pun kalau benda asas ni korang tak reti nak buat, selamat tinggal la kat facebook korang tu. Tunggu masa je nak kena hack.

a




BAGAIMANA MENGHINDARKAN PERUT BUNCIT?????

Di bawah ini merupakan beberapa apetua untuk menghindarkan perut buncit. Hal ini supaya badan korang akan kelihatan lebih menarik dan mengiurkan. Hehehe…


1) Ramai orang yang mengamalkan makan dahulu kemudian barulah hendak pergi mandi. Sebenarnya, cara sebegitu adalah salah dan boleh membuatkan perut anda buncit. Mungkin ada alasannya dari segi sains. Tapi petua nenek moyang kita amat menggalakan untuk kita mandi terlebih dahulu kemudian baru makan. Tapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak tak de maknanya jugak kan.. So, cuba korang makan dalam kuantiti yang sederhana dan makan tanpa berulamkan air. Ada baiknya minum selepas setengah jam makan. Cuba la, ianya bagi mengelakkan perut menjadi buncit.


2) Selain itu, korang boleh campurkan cuka, ragi dan kapur barus sehingga sebati. Buatkan caampuran tersebut sedikit pekat. Kemudian pupukkan pada perut dan barutkan kemas-kemas sebelum korang tidur selama 44 hari. Dah macam baby yang baru lahir je kan..hehehe


3) Korang juga boleh rebus jadam bersama asam jawa dan sedikit air. Biarkan kering dan kemudian sejukkan ia. Sapukan jadam ini ke perut dan kemudian dibarut kemas.


Sedikit ilmu… Bagi yang tidak mengetahui apa itu Jadam..
Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya, dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tidak disukai. Maka jadam tidak digunakan lagi. Salah satu herba yang ada dalam pengubatan islam ialah jadam. Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ianya akan mengurangi lender di paru-paru. Hal ini akan menyebabkan pernafasan akan menjadi lancer dan suara juga bertenaga. Selain itu, kegunaan jadam sama seperti alovera di mana ianya sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab ( laxatif ) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga dapat menerangkan atau menjelaskan penglihatan mata.


4) Di samping itu, korang jugak boleh memerah jus limau kasturi dan digaulkan dengan kapur sireh. Kemudian, sapukan pada perut.


5) Petua yang terakhir adalah bancuh secawan teh pekat manis dan perahkan dua biji Limau nipis, kemudian minum ketika masih suam. Sebaik-baiknya minum selepas sarapan pagi dan waktu makan tangah hari.


OKK!!! Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya=)
Alasan kenapa perempuan enggan tutup aurat

11 Semua yang tutp aurat confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti kalau tak tutup aurat confirm masuk neraka,  nauuzubillah (nota : manusia       masuk syurga bukan kerana amalannya,  tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)


2.  Yang pakai tudung labuh macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang.

    - iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada perintah Adam,  dia menyalahkan perintah Allah itu. “ apahal pulak aku kena baik...bla..bla..bla..”


3. macam la kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

  - tidak tersabit larangan nabi untuk seseorang  yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah untuk kaumnya. Maksudnya dakwah itu tuntutan. Selagi kau kau islam dakwah itu wajib walaupun diri kau sendiri tidak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang

4. walaupun kami pakai seksi tapi hati kami baik


   - adakah kau mendakwa kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan  kononnya  ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota : Adakah baik pada pandangan manusia  sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir- fikirkan )


5. pakai jarang ke ketat, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

 -  adakah kau berani menjamin bahawa  semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu yang membuak-buak?


6. kami rasa apa yang kami p
akai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

  - seksi atau tidak kau tetap berdosa walaupun kau hanya menayang sehelai rambut kau.


7.  walaupun kami tak bertudung, kami tetap solat dan berpuasa.

  - apakah ibadat kau diterima? Kau yakin Cuma dengan berpuasa sudah cukup  untuk menjamin kau masuk syurga?  ( Nota: solat dapat mengelak  diri dari berbuat dosa dan maksiat)


8.  suka hati kamilah nak pakai macam ni, kami tak susahkan  hidup orang lain.

 -  kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik  mereka ke nereka  bersama kau disebabkan mereka tidak menegur  dan gagal mendidik kau.
  
( Nota: gi baca 4 golongan lelaki dibawa wanita ke neraka)

9. apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Allah.

  - berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti ? lawan cakap Allah neraka tempatnya. ( Nota : patut kamu malu pada Allah )


10.  kami pakai seksi macam ni sebab kami ikut arahan photographer / pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene ( ayat artis)

 - sanggup patuh arahan mereka daripada  patuh suruhan Allah ? ( Nota : takut hanya kepada Allah bukan makhluk)


11.  bukan kami tak mahu menutup aurat Cuma tak sampai seru.

  - mati tak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubta nanti. ( Nota : kena mula belajar dan berazam untuk  perubahan yang lebih baik )


12.tak kan nak buat perubahan secara drastik?  Slow-slow la..

 - boleh ke cakap kat izrail nanti tunggu kejap! Lepak la dulu jangan ambil nyawa aku.  ( Nota : maut datang tidak dijemput dan tidak diundang, ingatlah perjalanan  menuju kematian bermula sejak kita lahirkan)


13.  tutup aurat tu bagus tapi kami tak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukanya.

 -  kalau begitu kau  sebenarnya memang hipokrit  kerana tidak ikhlas beragama islam.  “ wahai wanita, setiap ciptaan tuhan  yang berharga  didunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.  ( Nota : dunia ini memang satu pentas untuk kita berbuat baik  demi mendapat syurga yang kekal abadi)


Diman, kamu boleh dapatkan permata?  Tertanam jauh diperut bumi,  bertudung dan dilindungi.  Dimana kamu jumpa mutiara?  Terbenam jauh didalam lautan,  tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.  Dimana kamu cari emas?  Terperosok dilapisan bumi  tertudung dengan lapisan  demi lapisan tanah dan batu.  Tubuh kamu adalah suci  malah lebih berharga daripada emas mahupun permata.  Oleh itu, kamu perlu bertudung dan melindungi diri kamu.



TIPS-TIPS BERTEMU BAKAL MERTUA

Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.




WANITA KERJAYA VS RUMAHTANGGA


Pada era ini, wanita sekarang lebih mengutamakan kerjaya dalam kehidupan mereka berbanding wanita pada zaman dahulu yang lebih mementingkan keluarga. Saat menerima berita kenaikan pangkat, hati melonjak gembira tidak terkata. Terasa puas dan bahagia sekali. Segala kerja keras sudah terbalas apabila menerima jawatan baru yang lebih tinggi. Itulah sebenarnya jawatan yang diidamkan bagi setiap orang yang bekerja. Sedar ataupun tidak, kebahagian yang dirasakan hanyalah sementara. Seterusnya, terjadilah suasana tegang terutama dalam perhubungan suami  isteri. Semenjak isteri di naikkan pangkat, isteri sering pulang lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Akibatnya,anak-anak kurang terjaga atau terabai dan si suami pula sudah pastinya akan merasa kurang perhatian. Masalah ini sudah pastinya pernah dihadapi oleh isteri yang berjawatan tinggi daripada suami. Kenaikan pangkat bagi isteri sudah pastinya menjadikan tanggungjawab lebih besar dan bertambah. Situasi inilah yang mungkin akan menyebabkan terjadinya konflik dalam rumahtangga. Apabila bertambahnya tugas di pejabat, bererti mahu ataupun tidak, si isteri yang berjawatan tinggi harus memperuntukkan lebih banyak masa di pejabat. Waktu bersama keluarga pula terpaksa dikorbankan. Oleh itu, akibat daripada kekangan waktu, tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak, menyediakan makan minum dan sebagainya akan jatuh ke tangan suami. Dengan kata lain,suami akan digelar sebagai  “Mr.Mama”.


Cuba kita renungkan sejenak. Tidak ada ganti didikan yang lebih baik daripada didikan seorang ibu. Tidak ada ganti kasih sayang bagi kasih sayang kedua ibu bapa. Adakah kita tergamak membiarkan anak kita dididik, dijaga dan dibelai oleh orang lain sedangkan kita yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka? Cuba fikirkan!!!!!!!!!!!!!!

Justeru itu, pasangan suami isteri juga harus mengetahui pentingnya menimba ilmu pengetahuan tentang kekeluargaan, membesarkan anak dan menjaga rumahtangga bukanlah satu perkara mudah yang boleh dipelajari menerusi pengalaman. Suami isteri harus bersedia mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel penjagaan anak dan rumahtangga yang sering dianjurkan oleh badan-badan setempat. Bagaimanapun, sering kali berlaku perkara-perkara yang amat menyedihkan apabila kursus-kursus seperti ini dianjurkan. Ini adalah kerana rata-rata sekitar 70% daripada mereka yang hadir adalah kaum wanita, walaupun kadang-kadang topik yang dibincangkan adalah mengenai peranan ketua keluarga. Di manakah kaum bapa kita dalam hal ini?


Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ada pembantu rumah, segala urusan keluarga di serahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Situasi ini boleh menimbulkan masalah dalam rumahtangga ataupun boleh berlaku kecurangan. Misalnya, apabila suami pulang dari kerja, makanan sudah terhidang di atas meja, layanan diberikan begitu mesra. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, mungkin perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti mengadakan hubungan sulit bersama pembantu rumah. Sejak akhir-akhir ini, kita juga sering mendengar tentang suami “makan luar”. Hal ini kerana, suami tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat daripada seorang isteri terutama dari segi layanan dan belaian. Justeru itu, suami mula membuat hal di luar dengan berfoya-foya dengan perempuan lain. Apabila masalah ini terjadi, si isteri akan mula menuding jari dan menyalahkan seratus peratus kepada suami dan berlakulah pertengkaran, walhal isteri langsung tidak berfikir mahupun  sedar akan layanan yang diberikan kepada suami dan berapa banyak masa yang isteri habiskan di rumah untuk anak-anak dan suami. Namun begitu, anak-anak juga sudah pastinya akan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada seorang ibu. Hal ini disebabkan oleh ibu yang tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak walaupun pada hujung minggu. Anak-anak sudah hilang tempat untuk bermanja dan berkongsi cerita. Oleh sebab itulah, makin hari pelbagai masalah yang berlaku terutama sekali kepada remaja yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga. Misalnya, anak-anak terlibat dalam rompakan, ragut, seks bebas dan sebagainya. Situasi ini berlaku disebabkan oleh pengabaian dan pemantauan daripada keluarga.

Oleh hal yang demikian, sekiranya berlaku pertengkaran, si isteri mungkin akan mengenangkan atau mengungkit sumbangannya yang lebih besar terhadap keluarga. Sumbangan yang diberikan oleh mereka lebih banyak terutama dalam keperluan keluarga akan menyebabkan isteri berjawatan tinggi akan menilai dirinya terlampau tinggi dan merendah-rendahkan pekerjaan suami. Misalnya, dengan suara yang lancang dan penuh keegoaan isteri berkata kepada suami “ saya yang banyak mengeluarkan duit untuk perbelanjaan di rumah, jadi saya lah yang berhak menentukan segalanya. Awak tidak ada kuasa, lebih baik awak diam”. Apa yang suami rasa pada masa itu? Sudah tentu sedih, kecewa dengan sikap isteri sedemikian rupa. Sebenarnya, inilah yang harus dihindari. Walau setinggi mana pun jawatan yang dipegang oleh isteri, itu hanyalah sekadar di pejabat, tetapi perasaan hormat kepada suami amat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Dalam Islam, “syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami”. Oleh itu, peranan isteri di pejabat dan di rumah adalah dua perkara yang amat jauh berbeza. Namun begitu, isteri pada masa sekarang lebih moden dan sudah lupa tentang taraf mereka kepada suami. Mereka boleh bertindak sesuka hati ataupun menengking suami sekiranya ada perkara yang diprotes oleh suami.


Seperti yang kita ketahui, komunikasi melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, komunikasi adalah perkara yang paling penting dalam setiap perhubungan yang terjalin terutama untuk pasangan suami isteri. Hal ini kerana, apabila seseorang itu sudah bersedia untuk berkahwin, ia akan menunjukkan bahawa seseorang itu sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan pasangannya. Oleh itu, ketegangan dalam hubungan suami isteri selalunya terjadi disebabkan kurangnya komunikasi dengan pasangan. Sebenarnya, banyak masalah rumahtangga berpunca daripada komunikasi yang kurang berkesan yang mana banyak menimbulkan salah faham dan ketengangan. Justeru itu, komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Misalnya, pasangan tersebut boleh berkomunikasi melalui telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), email walau pun ketika di pejabat ataupun ketika bertugas di tempat lain selama beberapa hari. Hal ini merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan suami isteri. Namun, sekiranya perkara ini tidak dipraktikkan atau dipandang remeh, maka timbullah perasaan tidak puas hati dan memendam perasaan. Jadi, isteri yang terlalu sibuk di pejabat, mereka harus meluangkan masa untuk berkomunikasi dan menjadi  pendengar setia kepada suami. Hal ini penting supaya suami tidak merasa dipinggirkan atau tidak diperlukan. Misalnya, ketika isteri sedang mengurut suami ataupun ketika sedang bersantai di sofa dengan suasana yang tenang mereka boleh berbicara atau meluahkan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri mestilah ingat bahawa apabila kurangnya komunikasi akan menyebabkan ikatan persefahaman kian terlerai. Pelbagai masalah dan pendapat yang tidak dapat disuarakan secara kekeluargaan akan menyebabkan perasaan saling memerlukan menjadi hilang. Jadi, dari situ, akan timbullah satu perasaan tidak memerlukan dan pentingkan diri masing-masing mula tercungkil.  Sekiranya hal ini tidak di kawal atau tidak diambil serius  akan menyebabkan ketidakserasian apabila bersama dan mungkin akan bercerai sekiranya tidak ada jalan penyelesaian yang terbaik.


Sekiranya wanita ingin bekerjaya adalah tidak salah, tetapi mereka haruslah bijak dalam mengatur dan memahami peranan dan tugas dalam urusan kerja dan urusan rumahtangga. Langkah yang bijak harus diambil dengan sebaiknya supaya apa yang dimiliki tidak akan terlepas dan hancur begitu sahaja. Bagi suami isteri mereka haruslah mengamalkan peribahasa seperti “ yang ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul”. Ketahuilah bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Malah hanya orang yang kuat dan sabar sahaja yang berjaya dalam mengharungi onak durinya. Rumahtangga yang harmoni dan penuh kasih sayang adalah impian setiap orang.Oleh itu, para isteri yang bekerja haruslah bijak dalam menyeimbangkan kerjaya dan rumahtangga.

Marilah kita merenung firman Allah s.w.t dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri